Kuliah 9 (11/11/19)
minguu ini kami diajar mengenai web 2.0.. saya ingatkan revolusi industri 2.0 je ada rupanya web 2.0 pun ada😮.. jadi apa itu web 2.0??
Perkataan Web 2.0 diasaskan oleh O`really Media pada tahun 2004. Walau bagaimana pun Web 2.0 bukan versi baru bagi World Wide Web, ia hanya cara pembangunan laman web yang berbeza dan cara pelayar menggunakan web tersebut. Akhir-akhir ini begitu ramai yang memperkata mengenai Web 2.0.
Secara keseluruhannya, Web 2.0 merupakan generasi kedua dalam pembangunan Internet.
Jika dibandingkan dengan Web 1.0, Web 2.0 lebih merujuk kepada corak penggunaan dan penyediaan elemen kepada pengguna. Jika dahulu, Web 1.0 lebih kepada "output" sahaja yang mana pengguna hanya mendapat maklumat daripada webmaster.
Perubahan yang ketara dalam Web 2.0 memperkenalkan sistem "input dan output" yang membolehkan pengguna membaca maklumat, menghantar sebarang data dan memaparkan kembali data tersebut di dalam laman web tersebut.
Web 2.0 merupakan satu fenomena sosial yang memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menggunakan semula, berkongsi, bersosial dan berkomunikasi melalui elemn-elemen yang diterapkan dalam laman web tersebut
untuk maklumat lebih lanjut boleh layari


Comments
Post a Comment